CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 21, 2011

22oct: cukup indah aturanMu, ya Allah

assalamualaikum ~ :D 
entry ni di'copy' from fb  seorang rakan ..
menarik n sesuai ~! :D
thanks...


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, October 20, 2011

21oct2o11: fahasbunallaha wa ni'mal wakeela (:

bismillahirrahmannirrohim ~
assalamualaikum puteri solehah dan putera solehah semua ~
semoga kite same2 berada di bawah lindungan Allah .. insyaAllah .(:
izzayik ?? heee :D *new vocab .. credit to kawan miya .. sebab dye yg ajar :D alhamdulillah (:

entry miya kali ni pasal wanita solehah & All I need is Allah only ~ my hope is Allah only ...
(:
awal mggu lepas ... ade kawan miya bgtau akan ade satu program anjuran saham entitled " semerah gincu di bibir " >,< *amboi tajukkk ~ kan ??? miya ta reka .. tapi tu laaa tajuk program tu ... *ops! lupa satu hal . saham tu stands for sahabat masjid (: hee ... tu salah satu kelab yang ade kat universti ni (:
okay berbalik pada tajuk asal cter miya ..mula2 miya dengar tajuk tu . miya ingatkan ade dinner keh ape sampai tajuk gaya nk hot je kan ??? miya tanye la dye ... program tu buat kat mane .. dye cakap . program tu untuk perempuan jela ... miya dah pelik ~ okay miya tanye lagi .. dye cakap la miya sesuai la pegi .. errr .. miya still ingat dinner jeh ni .heeee *hamboi kau miya.ta hbes2 ingat makan jeh .aha! itulah kenyataan budak kuat makan ney :P pssssttt!
miya tanye la kena bayar keh ?? dye cakap tak tak. free jeh .aik ??dinner ape je free nim?? last ayat dye .. panel utk ceramah tu nanty ade artisss .. alaaa ade kan yang name catriooonaaaa catrioonaaa tuuu ..... yang putih2 tuuuu .. errr ???  okay .. zassss ! terus miya lagi berminaaatttt ni ~! haaaa . ni bukan sbb artis datang ke apeee ye... tapi miya rase miya dah dapat tangkap program tu pasal ape bile perempuan jeh join ...
pasal wanita solehah ~ panel program ade ustazah ape tah name ... *kawan miya lupa .. alaaa nanty ade la tu miya taw ..
then , hari rabu hari tu . . miya sempat la bace memo pasal tu . interesting bagi miya yang masih tercari2 hala tuju nak capai matlamat miya ni. alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar . Dia dengar doa miya ... Dia tunjukkan miya jalan untuk capai matlamat miya.alhamdulillah (: miya dah ta saba nak tunggu 20 0ct hari tu ..
program tu bermula dari jam 6.30pm-11pm termasuk iftar  ..
len pulak citernye bile dah tibe tarikh yang miya nantikan ... :( huuuu
"eh jum laa pegi program malam ni .. dorang buat kat mane? aku tak nampak ade khemah pun kat sini?kate ade ceramah??? "
"dorang dah tukar tempat laa . kat surau fkm, kau nak pergi ke??aku malas. ala malam2 jumaat,  bace yassin je okay ..aku nak bace yassin je. "
"alaaaaaaaaaaaaaaa. jum la pegi weyhhh . bile lagi nk program2 camni "
kawan miya yang sorang lagy pulak jwab " aku nak stdy malam ni  "
huuuu . sedih2 .. semua busy dengan hal masing2 jeh =.= padahal ceramah tu dua jam je.. bole isi mase lapang .
miya sedapkan haty miya *takpe la bukan rezeki miya nk dgr ceramah tu ... :'( mgkin laen kali ade lagy .
sampai jeh kat bilik ..miya seap2 untuk mandi . sembahyang maghrib. kawan ajak makan. miya cakap tak nak g . nk mndy+solat dulu ~ nk bace yassin takut ta sempat dgn isya' lagi .. sebab skunk waktu maghrib pun kejap jeh ...lepas jeh solat maghrib .. miya nges ..sungguh hati miya sedih sangat tak dapat pergi ... Allah jeh tawww ....dlm pada mase miya bace yassin pun . masih teresak . baru jeh habes bace . umi miya kol . *nape soree tuu ?nges keh?
haaaa haaa .mmg segan la kan ? bile umi tye camtu .errr .miya ta cakap un .miya gelak2 jeh ..biarlah ..
tibe2 .. miya pegi bilik membe miya sorang lagi ..
"eh nape tanak pegy program tu? " haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! zupppppp ! miya dah tersenyum ..
"eh kau nak pergi ke? aku ajak dorang semua ta nak pergi . eh jum2 laaaa . sempat lagi ni , aku nk dgr ceramahhhhhh ney"
mmg time tu tayah cakap laaahhh ... macam lipas kudung miya seap . takut ta sempat .

alhamdulillah . ramai jugak yang join .dapat jugak merit pegi . tapi miya bukan kejar merit keh ape .ta kisah un kalo tade merit  .. tapi sungguh bile niat kite tu lillahitaala .insyaAllah kite akan rase cam .. bahagia sangat .rase tenang.rase gembira .miya sendiri tataw nak gambarkan perasaan miya semalam . miya rase ni kali pertama kowttt . setiap butir perkataan panel sebut. meresap ke dalam haty miya ... lekat dalam pale .. bnyak hadis + ayat al quran yang dorang sebut . semua penah diberi oleh 'dia' .
and yang tu credit to him . really really appreciate it . dye yang bagi jalan bagi nasihat .. dan yang paling penting ..
Allah bagi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya .insyaAllah semoga kite tergolong dalam golongan itu.. insyaAllah...
Ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan yang lurus. ameen... sebab tu laa .. fahasbunallaha wa ni'mal wakeela .. ( Allah adalah sebaik-baik tempat meletakkan urusan)
korang semua tahu kan ??
doakan miya .. dan miya doakan semua puteri serta putera menjadi orang yang soleh dan solehah dunia akhrat. insyaAllah (:
semoga Allah permudahkan urusan miya dan korang (:
insyaAllah ..
okay setakat tu jelaaa
(:
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..
jaga diri.jaga iman.