CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 14, 2011

15nov2011: Pujuklah hati






Allah uji keikhlasan kite bile kite bersendirian,
Allah bagi kedewasaan bile kite ade masalah,
Allah latih kesabaran dalam kesakitan,
Allah TAK pernah ambil yang kite SAYANG,
kecuali MENGANTIKAN  dgn YANG LEBIH BAIK..
insyaAllah (:

Assalamualaikum saudara saudari  pencinta syurga... (:
ape khabar semua ?ape khabar hati ?  lame tak mencurah rase kat sini ..
sedari banyak kekangan yang di hadapi ..
tapi alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk bertinta (:


Terkadang kebenaran itu pahit sebenarnye ..
Tak siapapun sempurna kat dunia ni kecuali baginda SAW..Allahuakbar.
Tak siapapun boleh mintak semua orang sukekan kite...
Cuma ape yang mampu hanyalah bersabar dengan kerenah manusia...
Sungguh kesabaran  itu ade tahapnye ..
Allah ..
Aku lemah ke dengan menangis ?
Melepaskan segala beban di hati?
Sabarlah hati ...
Itu pesan Dia dalam Al Quran ..
aku sendiri selalu berpesan dgn kawan kawan aku ..
tapi kenapa aku sendiri tak praktikkannya ??
Innallah ha maas sobirin.MasyaAllah.
sungguh ! Pahala berlipat ganda.Iman makin terasa manisnya.Kerna itu kita diuji...
Cantiknya perancanganMu Ya Allah..


Hati.
Pujuklah mata.Pujuklah sendiri.
Ini bukan masanya untuk aku cemburu dengan 'trend' remaja kini .
Aku bukan keseorangan.Aku ade Engkau.
ya.senang untuk berkata kata.
Nah ! Aku sendiri perlu move forward. make a changes !
Dekatkan diri pada kau.
Amal ma'ruf.Nahi munkar.
Tidak lagi aku mampu sampai tahap itu.
Sedaya aku menolak.
Menolak?
Aku cuba.Aku sedang cuba.dengan hati.
Itu selemah iman sebenarnya.
Aku tak mampu untuk nasihat .aku cuba untuk berkias.Aku sayang sahabat.
Sedari diri jugak manusia yang baru nak berubah.Masih banyak kekurangan.
Allah.Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan yang lurus.amin.
p/s:akubahagiamendalamiIslamdalamertikatasebenarnya.alhamdulillah.
 for him:syafakallah.fii amanillah.bitauffiq.
wassalam

Friday, November 4, 2011

5nov:Allah sedang menguji kesabaran aku.. aku tahu ~ kuatkanlah aku,Allah..





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~
‎: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
surah al-insyirah






I asked for strength,,..and Allah gave me difficulties to make me strong,
I asked for wisdom,,..and Allah gave me problems to solve,
I asked for courage,,…and Allah gave me obstacles to overcome,
I asked for love,,….and Allah gave me troubled people to help,
I asked for favors,,…and Allah gave me opportunities..

“Maybe I received nothing I wanted….
But I received everything I needed.”

~..Alhamdulillah,THANK YOU ALLAH!


done ! 




semua ade kat atas .. aku sendiri bole paham ape yang tertulis di atas ...
Allah,jadikanlah aku wanita yang tabah ...
Sesungguhnya apa yang berlaku di pentas dunia ni adalah sementara ..
Allah .. aku sayang sahabat aku Allah ..
lindungilah mereka walau di mana mereka berada ...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap ape yang berlaku ..
Allah ...
Kau uji aku tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang2 yang terdahulu ..
Allah tetapkanlah iman aku Allah ...
Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku bergantung harap... :(
Allah ...
lindungi hati aku Allah agar tidak jauh daripada Engkau ..
agar hati aku tidak goyah dengan pentas dunia yang penuh kepuraan ini Allah ..
dengan manusia yang tidak tahu mana yang benar mana yang batil ....
Allah ... aku tahu ujian yang Engkau turunkan ini mahu menguji kesabaran aku ..
aku redha Allah ...
aku cuba untuk kuat.. 
Aku tahu Kau sayang aku sebab tu Kau uji ..
dan Aku bersyukur ... (:
wassalam ..

p/s:jagaiman,sahabat

Sunday, October 30, 2011

30okt2o11 : teamwork (:

assalamualaikum ...
hai hai awak semuaaaa :D
err baru je balik tournament netball . agak ke'tred'an ...
zzzz *ponim+sedey*
puing puinggg ..huuuuuuuu .. bola kalah *bak kate 'dia' ..
menang & kalah milik Allah .. insyaAllah ade hikmah sume ni (:
pasal netball pulak ~
errrr .. agak ketidakpuashatian dgn pengadil =.=
berat sebelah giles ~! haishhh :(
*sabar miya
innallaha maas sobirin (: huuuu
betul3 ..
dapat tempat ke 4 . tade rezeki la tuu ..
t ade rezeki fighting for loveeeee ! heeee :D
oke done ~!
yang penting kami tetap bersatuuuu (:
ape yg penting ? KERJASAMA
ape yg penting ? KERJASAMA
jeyeaaaah ~!
daaa
assalamualaikum
*time for study.baih

Tuesday, October 25, 2011

Bolehkah Aku Kecewa? | Aku ISLAM

Bolehkah Aku Kecewa? | Aku ISLAM

Friday, October 21, 2011

22oct: cukup indah aturanMu, ya Allah

assalamualaikum ~ :D 
entry ni di'copy' from fb  seorang rakan ..
menarik n sesuai ~! :D
thanks...


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, October 20, 2011

21oct2o11: fahasbunallaha wa ni'mal wakeela (:

bismillahirrahmannirrohim ~
assalamualaikum puteri solehah dan putera solehah semua ~
semoga kite same2 berada di bawah lindungan Allah .. insyaAllah .(:
izzayik ?? heee :D *new vocab .. credit to kawan miya .. sebab dye yg ajar :D alhamdulillah (:

entry miya kali ni pasal wanita solehah & All I need is Allah only ~ my hope is Allah only ...
(:
awal mggu lepas ... ade kawan miya bgtau akan ade satu program anjuran saham entitled " semerah gincu di bibir " >,< *amboi tajukkk ~ kan ??? miya ta reka .. tapi tu laaa tajuk program tu ... *ops! lupa satu hal . saham tu stands for sahabat masjid (: hee ... tu salah satu kelab yang ade kat universti ni (:
okay berbalik pada tajuk asal cter miya ..mula2 miya dengar tajuk tu . miya ingatkan ade dinner keh ape sampai tajuk gaya nk hot je kan ??? miya tanye la dye ... program tu buat kat mane .. dye cakap . program tu untuk perempuan jela ... miya dah pelik ~ okay miya tanye lagi .. dye cakap la miya sesuai la pegi .. errr .. miya still ingat dinner jeh ni .heeee *hamboi kau miya.ta hbes2 ingat makan jeh .aha! itulah kenyataan budak kuat makan ney :P pssssttt!
miya tanye la kena bayar keh ?? dye cakap tak tak. free jeh .aik ??dinner ape je free nim?? last ayat dye .. panel utk ceramah tu nanty ade artisss .. alaaa ade kan yang name catriooonaaaa catrioonaaa tuuu ..... yang putih2 tuuuu .. errr ???  okay .. zassss ! terus miya lagi berminaaatttt ni ~! haaaa . ni bukan sbb artis datang ke apeee ye... tapi miya rase miya dah dapat tangkap program tu pasal ape bile perempuan jeh join ...
pasal wanita solehah ~ panel program ade ustazah ape tah name ... *kawan miya lupa .. alaaa nanty ade la tu miya taw ..
then , hari rabu hari tu . . miya sempat la bace memo pasal tu . interesting bagi miya yang masih tercari2 hala tuju nak capai matlamat miya ni. alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar . Dia dengar doa miya ... Dia tunjukkan miya jalan untuk capai matlamat miya.alhamdulillah (: miya dah ta saba nak tunggu 20 0ct hari tu ..
program tu bermula dari jam 6.30pm-11pm termasuk iftar  ..
len pulak citernye bile dah tibe tarikh yang miya nantikan ... :( huuuu
"eh jum laa pegi program malam ni .. dorang buat kat mane? aku tak nampak ade khemah pun kat sini?kate ade ceramah??? "
"dorang dah tukar tempat laa . kat surau fkm, kau nak pergi ke??aku malas. ala malam2 jumaat,  bace yassin je okay ..aku nak bace yassin je. "
"alaaaaaaaaaaaaaaa. jum la pegi weyhhh . bile lagi nk program2 camni "
kawan miya yang sorang lagy pulak jwab " aku nak stdy malam ni  "
huuuu . sedih2 .. semua busy dengan hal masing2 jeh =.= padahal ceramah tu dua jam je.. bole isi mase lapang .
miya sedapkan haty miya *takpe la bukan rezeki miya nk dgr ceramah tu ... :'( mgkin laen kali ade lagy .
sampai jeh kat bilik ..miya seap2 untuk mandi . sembahyang maghrib. kawan ajak makan. miya cakap tak nak g . nk mndy+solat dulu ~ nk bace yassin takut ta sempat dgn isya' lagi .. sebab skunk waktu maghrib pun kejap jeh ...lepas jeh solat maghrib .. miya nges ..sungguh hati miya sedih sangat tak dapat pergi ... Allah jeh tawww ....dlm pada mase miya bace yassin pun . masih teresak . baru jeh habes bace . umi miya kol . *nape soree tuu ?nges keh?
haaaa haaa .mmg segan la kan ? bile umi tye camtu .errr .miya ta cakap un .miya gelak2 jeh ..biarlah ..
tibe2 .. miya pegi bilik membe miya sorang lagi ..
"eh nape tanak pegy program tu? " haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! zupppppp ! miya dah tersenyum ..
"eh kau nak pergi ke? aku ajak dorang semua ta nak pergi . eh jum2 laaaa . sempat lagi ni , aku nk dgr ceramahhhhhh ney"
mmg time tu tayah cakap laaahhh ... macam lipas kudung miya seap . takut ta sempat .

alhamdulillah . ramai jugak yang join .dapat jugak merit pegi . tapi miya bukan kejar merit keh ape .ta kisah un kalo tade merit  .. tapi sungguh bile niat kite tu lillahitaala .insyaAllah kite akan rase cam .. bahagia sangat .rase tenang.rase gembira .miya sendiri tataw nak gambarkan perasaan miya semalam . miya rase ni kali pertama kowttt . setiap butir perkataan panel sebut. meresap ke dalam haty miya ... lekat dalam pale .. bnyak hadis + ayat al quran yang dorang sebut . semua penah diberi oleh 'dia' .
and yang tu credit to him . really really appreciate it . dye yang bagi jalan bagi nasihat .. dan yang paling penting ..
Allah bagi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya .insyaAllah semoga kite tergolong dalam golongan itu.. insyaAllah...
Ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan yang lurus. ameen... sebab tu laa .. fahasbunallaha wa ni'mal wakeela .. ( Allah adalah sebaik-baik tempat meletakkan urusan)
korang semua tahu kan ??
doakan miya .. dan miya doakan semua puteri serta putera menjadi orang yang soleh dan solehah dunia akhrat. insyaAllah (:
semoga Allah permudahkan urusan miya dan korang (:
insyaAllah ..
okay setakat tu jelaaa
(:
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..
jaga diri.jaga iman.

Friday, September 30, 2011

3osept : Ya Allah, luputkanlah rindu ini andai bukan pada yang benar

 assalamualaikum hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah (:
 aku terpaksa buat entry ni sebab hati aku dah sesak sangat dengan segala bagai perasaan ..
Ya Allah , hanya Engkau mengerti segalanya .. aku tak mampu jadi kawan dia lagi sekarang .. aku cuba kadang2 . tapi .. aku tak mampu nak hipokrit .. berdosa aku padaMu  Ya Rabb . Aku malu dengan Engkau .. :(
aku tak mampu nak halang perasaan ini .
aku cuba buang jauh2 perasaan ini ..
tolong la aku Ya Allah .. biarlah cinta aku padaMu melebihi sayang aku pada hambaMu ...
Allah ... titis air mata menunjukan lemahnya aku ... kenapa aku hanya biarkan perasaan ini makan hati aku ?kenapa aku biarkan hati ini berpenyakit Ya Allah ..
 Astaghfirullahala'zim ...
aku hindarkan perasaan ini dengan membaca kalamullah ~
tapi kadang aku tersungkur Ya Allah ...
aku hambaMu yang hina .. :(
bagilah aku bangkit sebagai wanita yang tabah menghadapi segala mcam dugaan yang Engkau turunkan Ya Allah ..
Ya Allah ,
aku sendiri keliru ..
apa yang perlu aku lakukan ..
pada siapa perlu aku luahkan semua ni ..
Engkau Ya Allah ... terusan aku mengangkat doa padaMu tanpa jemu ..
hindarkanlah perasaan ini kerana dia bukan lagi yang benar untuk aku .... bukan sekarang ..
dia bukan suami aku untuk aku rindui ..
dia bukan sesiapa lagi ....
luputkanlah kerinduan ini Ya Allah ..
andai benar, rezeki kami satukanlah hati kami suatu hari nanti ...
jadikanlah aku bakal zaujah yang solehah untuk zaujku nanti ...
amin ....

Thursday, September 22, 2011

22september : alwahan

 assalamualaikum sahabatku yang soleh dan solehah (; seakan teringat tentang sesuatu .. dah lame dah niat di hati nak buat entry ni . tapi asyik terlupaa .. alhamdulillah hari ni punya waktu lebih sikit nak explore lebih  tentang alwahan ..  ape yang kite paham dengan alwahan sebenarnye ?? (; cuba search kat google . InsyaAllah korang akan jumpe hadis tentang alwahan macam yang kat bawah ni :

 Sabda Rasulullah Saw,  “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi 




kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan




 kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?” Baginda menjawab, “Tidak, bahkan 




bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut 




perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu




 sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, 




“Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”




(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban)


MasyaAllah ... seakan tidak memahami ape yg tersirat disebalik hadis tersebut ... cuba mendalaminye ..


 contoh yang saya jumpa yang boleh  pahamkan saya ape itu cintakan dunia :


kehidupan di dunia ibarat menyaksikan perlawanan bola sepak. di dalam padang hanya terdapat sebiji bola



sahaja. dan bola itu menjadi rebutan semua orang yang berada di padang itu. kecuali sedikit yang menolak




 bola tersebut. kerana dia faham apa kebaikan menolak dan keburukan menerima. dan kadang-kadang bola 




tersebut berjaya menembusi benteng orang yang menolak bola itu. dan selagi mana dia berjaya menahan 




bola menembusi bentengnya selagi itu dia dalam kejayaan. bola itu ialah cinta dunia.



InsyaAllah,semoga Allah tetapkan iman kite dan termasuk dalam golongan orang2 yang beriman dan orang yang diberikan hidayah oleh Allah (; insyaAllah .. amin ...


yang baik itu datangnye daripada Allah .. yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri .. andai tersalah bcara maafkan saya ..
assalamualaikum....







Tuesday, September 20, 2011

21sept : hafiz safwan sayang .. cepat sembuh ye (;

assalamualaikum wbt (: soleh dan solehah (;
 doa buat si kecik,hafiz safwan... semoga dia cepat sembuh .syafakallah ..amin..

Monday, September 19, 2011

19sept : selamat hari lahir abah!

assalamualaikum ~ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (;
hai semua (: hari ni miya macam nak kongsi sedih miya la :(
uhuk2 ~ hari ni hari lahir arwah abah miya :) huuuu.. tolong sedekahkan al fatihah untuk abah miya kat sane ye (': Allah je bole balas doa korang tu (; very very appreciate it!
errr ..time ni la rase nak je dye ade dgn miya.. nak kongsi segala alah bagai rase ni... sumpah ! :(
Allah perasaan .....
awak ~! dengar tak ni ? sedeyh ....
awak .. kalo laa saya bole chit chat dgn awak .. luah segala bnda ni .. air mate tak mampu nak tenangkan saya ...
tak ~ saya kuat (; saya kuatttttttttttt ........ ambik la mase awak .. jgn kisahkan saya kalo boleh .. jgn :( jgn langsung.. saya okay je kat sini.. jangan risau ..saya boleh hidup .Allah, hanya padaMu tempat aku bergantung hrap ....
awak ... jaga diri .
p/s: thanks bace yassin untuk abah (;
wassalam putera solehah (:

Saturday, August 27, 2011

27august : Selamat Hari Raye !

Assalamualaikum wbt :)
Wahai putera puteri solehah (:
dah hampir sebulan ramadhan datanggg.... tapi skelipan sahajaaaa ia pergi kembali ..
sedih kurasakan saat syawal mkin menjelmaaaa ..
kumohon padaMu Illahi agar air mata ini tidak menitis saat kuhitung hari ...
kuatkah aku menghadapi ??
InsyaAllah :)
Fahasbunallaha wa ni'mal wakila ;cukuplah bagiku Allah ,Sesungguhnya Dialah sebaek baek tempat meletakkan urusan :)
Aku ade Dia :) Aku cuba jadi yang terbaik untuk Dia ..InsyaAllah .aku sedang mencuba sebenarnyaa ..
walau dicemuh .. aku ingat pesanan 'dia' ..saat iman dikecam .. ucaplah itu ..
mungkin emosi aku mengatsi akal fikiran dua tiga hari ni ...hanya pada Allah tempat aku mengadu saat aku serasaaaa tidak terhitung sedih aku .. hanyaaa hati bisa menangis :) insyaAllah ,aku tabah menghadapinya andai ini adalah dugaan :) amin ...
kalau sudah ditakdirkan 'dia' akan pergi .. aku redha dengan qada' n qadar Allah ....
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matikuhanya keranaAllah  ..Dan segalanya aku serahkan kepada Allah .. andai 'dia' datang kembali ..
Alhamdulillah ..
aku rase ini adalah yang terbaik .. walaupun sakit ..
:)
wassalam ...

Friday, June 17, 2011

18june: kali ni entry saya untuk arwah abah (:

assalamualaikum wbt (: awak ..termasuk hari ni dah empat hari kite tak kontek ..huu :')
takpe2 .jgn risau .saya dalam condition yang baek .. n hopefully awak jugak macam saya .happy2 + oke2..
awak .ni entry untuk arwah abah saya sempena hari bapa beebrapa hari lepas ..tibe2 haty ni ingin meluahkan rasa menggunakan tinta ..
abah .. dulu .mira bole je pos2 kad bila hari bapa kunjung tiba (:
tapi skunk .semua tu sudah berbeza .. kite sudah berbeza alam . tapi .haty ni tetap ade nama abah (:
abah ... hadiah mira tetap ade untuk abah setiap kali hari bapa (:
hanya kalam Allah yang mampu mira hadiahkan pada abah kali ni .. dan jugak tahun2 yang ke depan ..
hanya doa mira iringi abah di sana .tenanglah abah di sana .. walaupun mira salu tak sempat nak ziarah pusara abah . mira tetap tak lupa menghadiahkan  kalam2 Allah untuk abah ..
abah .mira doakan abah di tempatkan bersama para solihin . amin ~




mira salu ingatkan abah .walaupun dulu kita tak rapat . hanya kalam Allah & doa yang menghubungkan kita sekarang ... abah jangan bimbang  k ? mira tahu jaga diri mira kat sini (:
mira sayang abah (':
wassalam wbt ..