Sabda Rasulullah Saw, “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi
kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan
kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?” Baginda menjawab, “Tidak, bahkan
bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut
perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu
sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab,
“Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban)
MasyaAllah ... seakan tidak memahami ape yg tersirat disebalik hadis tersebut ... cuba mendalaminye ..
contoh yang saya jumpa yang boleh pahamkan saya ape itu cintakan dunia :
kehidupan di dunia ibarat menyaksikan perlawanan bola sepak. di dalam padang hanya terdapat sebiji bola
sahaja. dan bola itu menjadi rebutan semua orang yang berada di padang itu. kecuali sedikit yang menolak
bola tersebut. kerana dia faham apa kebaikan menolak dan keburukan menerima. dan kadang-kadang bola
tersebut berjaya menembusi benteng orang yang menolak bola itu. dan selagi mana dia berjaya menahan
bola menembusi bentengnya selagi itu dia dalam kejayaan. bola itu ialah cinta dunia.
yang baik itu datangnye daripada Allah .. yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri .. andai tersalah bcara maafkan saya ..
assalamualaikum....