CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 4, 2012

4januari2010 : Percayalah dengan ketentuan Allah, Miya sayang

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
kepada pembaca blog miya .
mesti korang tahukan kita kena redha dengan setiap ape yg berlaku pada kite kan? (:
sebab Allah dah rancangg yang terbaik untuk kita.kan ?
everything happens for a reason .korang ingat tu.Miya pun.same-samelah kita.
Miya sendiri .masih mencari mardatillah tu.sungguh iman manusia ade turun naiknya.Miya jugak manusia.
ye.Miya tau miya tak sebaik.tak sesolehah gadis muslimah .Tapi miya tetap cuba.Cuba perlahan-perlahan.
miya tak mampu nak berlari.sebab tu miya berjalan je.mgkin jalan miya terlalu perlahan .sampai orang mempersoalkannya .takpelah.Asal miya taw Allah taw miya ikhlas.cukuplah. (: *hati terpujuk*
Ape yang berlakuu hari ni memberi pengajaran pada kita .ingatlah.pesanlah pada diri kita.
doa yang miya asyik ulang lepas kena semua ni.*Allah,kuatkan aku.Allah,andai ini yang terbaik untuk aku.Redhakanlah hati aku.
sabarlah hati.
dugaan tu sentiasa ade.kadang dalam pelbagai bentuk.
sama ade kita nak kuat atau terus larut dalam kesedihan.Jgn.bangkitlah korang.Sebab ingat .kadang2 manusia ade yang tak faham kita .Kita tak boleh nak mengharapkan semua orang paham kita. Tapi Allah adekan ?Allah tak pernah kejam dengan kita.Tapi salu je manusia nak kejam an diri sendiri.Miya pun kadang2 tersungkur. Sedih.Gembira saangattt . Kdg terlupa kita hidup di atas muka bumi Allah yang sementara ni ade sebab . astaghfirullahalzim. istighfar banyak-banyak. Jgn terlalu lalai.*nasihat utk miya jugak*
semasa dalam kandungan ibu kita.sebelum ditiupkan roh .kita dah janji dengan Allah .Kite nak taat . lpas ditiupkan roh. makin membesar. pengaruh sekeliling . makin lupa janji tu. Allah sayang lagi kita. Allah uji kita.Nah .di situ kita mula bangkit.sedar.alhamdulillah (':
p/s : doakan miya .doakan miya.miya doakan awak.miya doakan korang.kita same-same fikir balik nape kita hidup kat dunia ni.Alhamdulillah.Allah bg umur kita panjang sebab nak bangkitkan agama Allah ni .miya tak pandai menasihati .tapi dalam miya nasihat. insyaAllah miya akan cuba.cuba jugak. (:
wassalam .semoga semua dalam perlindungan Allah.

Monday, November 14, 2011

15nov2011: Pujuklah hati






Allah uji keikhlasan kite bile kite bersendirian,
Allah bagi kedewasaan bile kite ade masalah,
Allah latih kesabaran dalam kesakitan,
Allah TAK pernah ambil yang kite SAYANG,
kecuali MENGANTIKAN  dgn YANG LEBIH BAIK..
insyaAllah (:

Assalamualaikum saudara saudari  pencinta syurga... (:
ape khabar semua ?ape khabar hati ?  lame tak mencurah rase kat sini ..
sedari banyak kekangan yang di hadapi ..
tapi alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk bertinta (:


Terkadang kebenaran itu pahit sebenarnye ..
Tak siapapun sempurna kat dunia ni kecuali baginda SAW..Allahuakbar.
Tak siapapun boleh mintak semua orang sukekan kite...
Cuma ape yang mampu hanyalah bersabar dengan kerenah manusia...
Sungguh kesabaran  itu ade tahapnye ..
Allah ..
Aku lemah ke dengan menangis ?
Melepaskan segala beban di hati?
Sabarlah hati ...
Itu pesan Dia dalam Al Quran ..
aku sendiri selalu berpesan dgn kawan kawan aku ..
tapi kenapa aku sendiri tak praktikkannya ??
Innallah ha maas sobirin.MasyaAllah.
sungguh ! Pahala berlipat ganda.Iman makin terasa manisnya.Kerna itu kita diuji...
Cantiknya perancanganMu Ya Allah..


Hati.
Pujuklah mata.Pujuklah sendiri.
Ini bukan masanya untuk aku cemburu dengan 'trend' remaja kini .
Aku bukan keseorangan.Aku ade Engkau.
ya.senang untuk berkata kata.
Nah ! Aku sendiri perlu move forward. make a changes !
Dekatkan diri pada kau.
Amal ma'ruf.Nahi munkar.
Tidak lagi aku mampu sampai tahap itu.
Sedaya aku menolak.
Menolak?
Aku cuba.Aku sedang cuba.dengan hati.
Itu selemah iman sebenarnya.
Aku tak mampu untuk nasihat .aku cuba untuk berkias.Aku sayang sahabat.
Sedari diri jugak manusia yang baru nak berubah.Masih banyak kekurangan.
Allah.Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan yang lurus.amin.
p/s:akubahagiamendalamiIslamdalamertikatasebenarnya.alhamdulillah.
 for him:syafakallah.fii amanillah.bitauffiq.
wassalam

Friday, November 4, 2011

5nov:Allah sedang menguji kesabaran aku.. aku tahu ~ kuatkanlah aku,Allah..





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~
‎: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
surah al-insyirah






I asked for strength,,..and Allah gave me difficulties to make me strong,
I asked for wisdom,,..and Allah gave me problems to solve,
I asked for courage,,…and Allah gave me obstacles to overcome,
I asked for love,,….and Allah gave me troubled people to help,
I asked for favors,,…and Allah gave me opportunities..

“Maybe I received nothing I wanted….
But I received everything I needed.”

~..Alhamdulillah,THANK YOU ALLAH!


done ! 




semua ade kat atas .. aku sendiri bole paham ape yang tertulis di atas ...
Allah,jadikanlah aku wanita yang tabah ...
Sesungguhnya apa yang berlaku di pentas dunia ni adalah sementara ..
Allah .. aku sayang sahabat aku Allah ..
lindungilah mereka walau di mana mereka berada ...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap ape yang berlaku ..
Allah ...
Kau uji aku tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang2 yang terdahulu ..
Allah tetapkanlah iman aku Allah ...
Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku bergantung harap... :(
Allah ...
lindungi hati aku Allah agar tidak jauh daripada Engkau ..
agar hati aku tidak goyah dengan pentas dunia yang penuh kepuraan ini Allah ..
dengan manusia yang tidak tahu mana yang benar mana yang batil ....
Allah ... aku tahu ujian yang Engkau turunkan ini mahu menguji kesabaran aku ..
aku redha Allah ...
aku cuba untuk kuat.. 
Aku tahu Kau sayang aku sebab tu Kau uji ..
dan Aku bersyukur ... (:
wassalam ..

p/s:jagaiman,sahabat

Sunday, October 30, 2011

30okt2o11 : teamwork (:

assalamualaikum ...
hai hai awak semuaaaa :D
err baru je balik tournament netball . agak ke'tred'an ...
zzzz *ponim+sedey*
puing puinggg ..huuuuuuuu .. bola kalah *bak kate 'dia' ..
menang & kalah milik Allah .. insyaAllah ade hikmah sume ni (:
pasal netball pulak ~
errrr .. agak ketidakpuashatian dgn pengadil =.=
berat sebelah giles ~! haishhh :(
*sabar miya
innallaha maas sobirin (: huuuu
betul3 ..
dapat tempat ke 4 . tade rezeki la tuu ..
t ade rezeki fighting for loveeeee ! heeee :D
oke done ~!
yang penting kami tetap bersatuuuu (:
ape yg penting ? KERJASAMA
ape yg penting ? KERJASAMA
jeyeaaaah ~!
daaa
assalamualaikum
*time for study.baih

Tuesday, October 25, 2011

Bolehkah Aku Kecewa? | Aku ISLAM

Bolehkah Aku Kecewa? | Aku ISLAM

Friday, October 21, 2011

22oct: cukup indah aturanMu, ya Allah

assalamualaikum ~ :D 
entry ni di'copy' from fb  seorang rakan ..
menarik n sesuai ~! :D
thanks...


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, October 20, 2011

21oct2o11: fahasbunallaha wa ni'mal wakeela (:

bismillahirrahmannirrohim ~
assalamualaikum puteri solehah dan putera solehah semua ~
semoga kite same2 berada di bawah lindungan Allah .. insyaAllah .(:
izzayik ?? heee :D *new vocab .. credit to kawan miya .. sebab dye yg ajar :D alhamdulillah (:

entry miya kali ni pasal wanita solehah & All I need is Allah only ~ my hope is Allah only ...
(:
awal mggu lepas ... ade kawan miya bgtau akan ade satu program anjuran saham entitled " semerah gincu di bibir " >,< *amboi tajukkk ~ kan ??? miya ta reka .. tapi tu laaa tajuk program tu ... *ops! lupa satu hal . saham tu stands for sahabat masjid (: hee ... tu salah satu kelab yang ade kat universti ni (:
okay berbalik pada tajuk asal cter miya ..mula2 miya dengar tajuk tu . miya ingatkan ade dinner keh ape sampai tajuk gaya nk hot je kan ??? miya tanye la dye ... program tu buat kat mane .. dye cakap . program tu untuk perempuan jela ... miya dah pelik ~ okay miya tanye lagi .. dye cakap la miya sesuai la pegi .. errr .. miya still ingat dinner jeh ni .heeee *hamboi kau miya.ta hbes2 ingat makan jeh .aha! itulah kenyataan budak kuat makan ney :P pssssttt!
miya tanye la kena bayar keh ?? dye cakap tak tak. free jeh .aik ??dinner ape je free nim?? last ayat dye .. panel utk ceramah tu nanty ade artisss .. alaaa ade kan yang name catriooonaaaa catrioonaaa tuuu ..... yang putih2 tuuuu .. errr ???  okay .. zassss ! terus miya lagi berminaaatttt ni ~! haaaa . ni bukan sbb artis datang ke apeee ye... tapi miya rase miya dah dapat tangkap program tu pasal ape bile perempuan jeh join ...
pasal wanita solehah ~ panel program ade ustazah ape tah name ... *kawan miya lupa .. alaaa nanty ade la tu miya taw ..
then , hari rabu hari tu . . miya sempat la bace memo pasal tu . interesting bagi miya yang masih tercari2 hala tuju nak capai matlamat miya ni. alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar . Dia dengar doa miya ... Dia tunjukkan miya jalan untuk capai matlamat miya.alhamdulillah (: miya dah ta saba nak tunggu 20 0ct hari tu ..
program tu bermula dari jam 6.30pm-11pm termasuk iftar  ..
len pulak citernye bile dah tibe tarikh yang miya nantikan ... :( huuuu
"eh jum laa pegi program malam ni .. dorang buat kat mane? aku tak nampak ade khemah pun kat sini?kate ade ceramah??? "
"dorang dah tukar tempat laa . kat surau fkm, kau nak pergi ke??aku malas. ala malam2 jumaat,  bace yassin je okay ..aku nak bace yassin je. "
"alaaaaaaaaaaaaaaa. jum la pegi weyhhh . bile lagi nk program2 camni "
kawan miya yang sorang lagy pulak jwab " aku nak stdy malam ni  "
huuuu . sedih2 .. semua busy dengan hal masing2 jeh =.= padahal ceramah tu dua jam je.. bole isi mase lapang .
miya sedapkan haty miya *takpe la bukan rezeki miya nk dgr ceramah tu ... :'( mgkin laen kali ade lagy .
sampai jeh kat bilik ..miya seap2 untuk mandi . sembahyang maghrib. kawan ajak makan. miya cakap tak nak g . nk mndy+solat dulu ~ nk bace yassin takut ta sempat dgn isya' lagi .. sebab skunk waktu maghrib pun kejap jeh ...lepas jeh solat maghrib .. miya nges ..sungguh hati miya sedih sangat tak dapat pergi ... Allah jeh tawww ....dlm pada mase miya bace yassin pun . masih teresak . baru jeh habes bace . umi miya kol . *nape soree tuu ?nges keh?
haaaa haaa .mmg segan la kan ? bile umi tye camtu .errr .miya ta cakap un .miya gelak2 jeh ..biarlah ..
tibe2 .. miya pegi bilik membe miya sorang lagi ..
"eh nape tanak pegy program tu? " haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! zupppppp ! miya dah tersenyum ..
"eh kau nak pergi ke? aku ajak dorang semua ta nak pergi . eh jum2 laaaa . sempat lagi ni , aku nk dgr ceramahhhhhh ney"
mmg time tu tayah cakap laaahhh ... macam lipas kudung miya seap . takut ta sempat .

alhamdulillah . ramai jugak yang join .dapat jugak merit pegi . tapi miya bukan kejar merit keh ape .ta kisah un kalo tade merit  .. tapi sungguh bile niat kite tu lillahitaala .insyaAllah kite akan rase cam .. bahagia sangat .rase tenang.rase gembira .miya sendiri tataw nak gambarkan perasaan miya semalam . miya rase ni kali pertama kowttt . setiap butir perkataan panel sebut. meresap ke dalam haty miya ... lekat dalam pale .. bnyak hadis + ayat al quran yang dorang sebut . semua penah diberi oleh 'dia' .
and yang tu credit to him . really really appreciate it . dye yang bagi jalan bagi nasihat .. dan yang paling penting ..
Allah bagi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya .insyaAllah semoga kite tergolong dalam golongan itu.. insyaAllah...
Ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan kami jalan yang lurus. ameen... sebab tu laa .. fahasbunallaha wa ni'mal wakeela .. ( Allah adalah sebaik-baik tempat meletakkan urusan)
korang semua tahu kan ??
doakan miya .. dan miya doakan semua puteri serta putera menjadi orang yang soleh dan solehah dunia akhrat. insyaAllah (:
semoga Allah permudahkan urusan miya dan korang (:
insyaAllah ..
okay setakat tu jelaaa
(:
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..
jaga diri.jaga iman.